1.coklat
Coklat dapat mencetuskan sakit migrain kerana oleh kandungan tyramine yang terdapat di dalamnya. Coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang akan menyebabkan salur darah mengecut sekali gus menyebabkan sakit kepala. Terdapat sesetengah individu yang diserang sakit kepala sekiranya menikmati coklat tetapi tidak mengalaminya sewaktu minum kafein. Menurut pakar, mereka percaya ia mungkin disebabkan oleh individu terbabit sensitif terhadap feniletilamina, manakala sesetengah yang lain sensitif terhadap kafein.
2. Kopi
Sebagaimana diketahui orang ramai, kopi mengandungi kafein yang dapat meningkatkan tahap konsentrasi minda. Jika kita kerap minum kafein, tetapi kemudian berhenti minum secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala, mudah marah dan gejala yang lain.
3. Gula
Gula secara semulajadinya amat penting kerana kesemua kehidupan menyimpan tenaga dalam bentuk gula. Secara umum gula memiliki nilai tenaga yang sama, sekitar empat kalori bagi setiap gram. Secara umum, tidak ramai yang intoleran dengan gula menderita sakit kepala atau migrain. Namun, kes sakit kepala lebih tinggi di kalangan mereka yang intoleran dengan pemanisa aspartam( pemanis gantian). Jadi apabila anda sering sakit kepala atau migrain akibat pola makan atau diet, ada baiknya segera berjumpa doktor.