Saturday 21 February 2015

Tips hindari masalah BAU KAKI

Ramai antara kita, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan , yang muda ataupun tua sering kali berdepan dengan masalah bau kaki.
Bau kaki boleh meruntuhkan tembok keyakinan seseorang. Tambahan pula, ketika kita membuka kasut dan bau kaki tersebar ketika berada dalam kawasan yang tertutup.
Masalah ini berlaku kerana beberapa faktor :

  •  lebih banyak kelenjar peluh di bahagian kaki sahaja berbanding anggota badan lain
  •  kerap berdiri sepanjang hari 
  •  berdepan tekanan di pejabat atau di mana kita berada
  •  mengalami masalah kesihatan yang dipanggil 'hiperhidrosis' iaitu keadaan berpeluh secara luar biasa
  •  golongan remaja dan wanita hamil, kekerapan kaki mereka adalah lebih tinggi kerana perubahan  hormon badan.
Apabila peluh bercampur dengan bakteria yang  terdapat pada kulit kaki, maka terhasil masalah bau kaki. ditambah pula apabila kaki yang berpeluh dipakaikan pada stokin yang lembap, bau kaki yang kronik akan terhasil.
Namun, ada jalan penyelesaiannya dan bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat senang untuk disediakan dan sudah berada di rumah.



TIPS MENGATASI MASALAH BAU KAKI 

  1. Keringkan kaki selepas mandi
    amat penting untuk memastikan kaki kita dalam keadaan yang sangat kering sepenuhnya selepas mandi. Ini memastikan bakteria tidak berada pada kulit kaki sebelum memakai stokin dan kasut. Disarankan juga menggunakan bedak kaki antibakteria sebelum sarungkan stokin dan kasut. Cara ini akan membuatkan kaki berasa segar.
  2. Guna stokin yang bersesuaian
    Memilih stokin material yang dapat menyerap peluh amat penting bagi memastikan kaki dapat bernafas. Pastikan juga stokin sentiasa ditukar dan elakkan amalan menggunakan stokin sama untuk tempoh masa panjang.
  3. kuku kaki dipotong pendek dan bersih
    amalan ini amat penting untuk menggelakkan daripada berlakunya bau kaki. Hal ini kerana bahagian kuku kaki yang tidak dipotong akan menyimpan banyak kotoran dan bakteria. Selain kekemasan kuku yang perlu dijaga, kebersihan kuku juga harus dititik beratkan dengan mencuci kuku dengan pembersih kuku yang boleh  didapati di mana-mana farmasi.
  4. Air garam bercampur asam jawa
    Ini merupakan cara tradisional yang terbukti dapat menghapuskan bau kaki dan juga dapat menjimatkan wang.
    Caranya adalah  dengan  memasukkan air bersih ke dalam besen dan kemudian campurkannya  dengan 2 sudu garam dan 1 genggam asam jawa. Gaulkan campuran dan kemudian rendamkan kaki  anda selama satu jam. Ketika sedang rendamkan kaki, bolehlah gosokkan asam jawa ke seluruh bahagian kaki termasuk di kawasan kaki Cara ini dapat membantu dalam menanggalkan sel-sel kulit mati dan yang paling penting menghilangkan bau kaki.
  5. Soda bikarbonat
    Ramai beranggapan bahawa soda bikarbonat digunakan untuk menghasilkan makanan sahaja. Namun, ada kelebihan bahan tersebut digunakan untuk mengatasi masalah bau kaki secara berkesan. Ia dapat membunuh bakteria pada kulit yang menjadi faktor  terhasilnya bau kaki.Caranya adalah masukkan soda bikarbonat ke dalam besen berisi air suam dan kemudian rendamkan kaki selama 15 minit. Lakukannya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.



No comments:

Post a Comment