Saturday 14 February 2015

Tips Menghindarkan Bahaya dari Gelombang Elektromagnet iaitu Telefon Bimbit.

Assalamualaikum :) . Hari ini Misi ingin kongsikan sedikit tips berkenaan telefon bimbit iaitu 'gudget' yang sering kita bawa ke mana sahaja. Manusia dan teknologi seolah tidak dapat dipisahkan. Sehingga ke hari ini isu kesan negatif mengenai kesan negatif produk yang membebaskan gelombang elektromagnet, terutamanya telefon bimbit tidak pernah ada penamatnya. Biarpun begitu kegilaan terhadapnya tidak pernah surut malah menjadi semakin kronik.

TIPS MENGHINDARI BAHAYA :

1. Aktifkan speaker
   Menggunakan speaker saat berbual akan mengurangkan tenaga atau tingkat kekuatan radiasi         telefon bimbit. Semakin jauh anda dari telefon bimbit, semakin rendah pula signalnya.

2. Jangan tidur bersama telefon bimbit
    Ramai di kalangan kita menjadikan telefon bimbit sebagai fungsi alarm. Namun jangan pula hingga anda meletakkan telefon bimbit berhampiran dengan posisi kepala anda. medan eletkromagnet akan mengurangi produksi melatonin pada tubuh sehingga menyebabkan kerosakan DNA.

3. Hadkan penggunaannya
    biasakan diri tidak bercakap di telefon dengan terlalu lama, cukup untuk bercakap hal yang penting sahaja. Jika anda suka berbual dengan lebih lama, pilih untuk menggunakan telefon rumah anda, itu jauh lebih selamat. Harus diingat, risiko tumor otak dimulai pada tingkat paparan kumulatif yang relatif rendah.

4. Beralih telinga
    jika anda terpaksa menggunakan telefon bimbit dalam tempoh yang lama, biasakn untuk memindahkan kedudukan dari telefon kiri ke kanan. Dengan menggunakan kedua-dua belah telinga dapat mencegah meningkatnya risiko tumor otak dan kanser kelenjar pada telinga yang sering digunakan.

5. Elakkan simpan telefon bimbit di dalam poket
    Dalam satu penelitian, lelaki yang kerap menyimpan telefon bimbit cenderung memiliki jumlah sperma yang 25 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kelompok lelaki yang tidak melakukannya. Setiap bahagian tubuh  dikatakan menyerap radiasi pada intensiti yang berbeza dan jaringan testikular dikatakan berkemungkinan lebih mudah diserang.

6. Kurangkan penggunaan telefon bimbit
    Telefon pintar seperti Blackberry dan Iphone menghasilkan radiasi yang lebih tinggi daripada telefon bimbit biasa.

7. Elakkan penggunaan di gim
    Elakkan penggunaan telefon bimbit di gimnasium kerana kawasan tersebut dikelilingi dengan besi.


Terdapat kes di mana sesetengah individu merasakan sakit kepala apabila menggunakan telefon bimbit dalam jangka masa panjang. Hal ini berlaku kerana kesan bukan termal
yang dibentuk daripada getaran mekanikal gelombang. Ada muzik didengar menyebabkan seseorang rasa tenang begitu juga sebaliknya. Gelombang-gelombang tertentu digunakan dalama perubatan kerana sistem saraf manusia terpengaruh pada gelombang.


  • Menggunakan teklefon bimbit di stesen minyak adalah selamat tetapi tidak dibenarkan kerana ia akan menggangu sistem operasi stesen minyak tersebut.
  • telefon bimbit mengganggu kebanyakan sistem termasuk dalam kapal terbang.
  • jangan gunakan bateri palsu, lon litium mudah meletup.
walau bagaimanapun, jika telefon bimbit diletakkan di bahagian tertentu boleh menyebabkan bahagian tersebut menjadi lemah. Sebagai contoh, mereka suka meletakkan telefon bimbit di dalam seluar, ada kemungkinan akan mengalami sakit pinggang. Ini berikutan kesan pantulan radiasi yang sedikit di dalam ruang kecil.

No comments:

Post a Comment