Sunday 18 January 2015

Petua kecantikan tradisional

Pada zaman skrg ni, terlalu banyak kosmetik2 kecantikan dan kesihatan yg berada di pasarang sekarang. Ada yg disahkan KKM, ada yg tidak sah malah menjual lagi pada pengguna dengan harga yang murah. Dan ada juga yg produk 'fake', itu lagi menakutkan kerana akan mendatangkan kesan yg memudaratkan kpd si pemakai. Kita sebagai pengguna kena teliti sblm membuat keputusan untuk membeli. 'Search' google dulu, tanya rakan-rakan, jangan teruih beli ja naya nnti. ( Slang kedah pulok ) .

Misi Dahlia, nk kongsikan sikit tips kecantikan ni, korang boleh buat benda ni di rumah je. Jimat pun jimat. Bahan pun kemungkinan da tersedia kt rumah tu tapi kita ja yg tak tahu. Betul idok ?

1. BAWANG MERAH PENGHAPUS KUTU RAMBUT
    kutu rambut selalu beri masalah pada kita,kadang2 tu garu mcm nk tercabut rambut tu(bkn misi ok). Ada cara untuk membasmi kutu ni, iaitu ambil beberapa ulas bawang  merah, kemudian hiris. Sapukan pada akar rambut dan jangan lupa untuk bilas air. nnti berbau pulak rambut tu. huhu.

2. KUNYIT HIDUP KURANGKAN SELSEMA BAYI
   yang ini khas untuk baby, kalau korang nk try pu boleh, takde masalah. Caranya,ambil seketul kunyit hidup, kemudian tumbuk sehingga halus. sapukan pada bahagian hidung baby. In sha allah, baby anda akan bernafas seperti biasa.

3. KULIT LEMBAP, CERAH DAN TIDAK MENGGELUPAS
    siapa yg tak nak kulit lembap, halus, cerah kan? semua kaum hawa menggimpikannya. Nk beli kosmetik terasa macam mahal dan tak mampu. so, ini jalan penyelesaiannya. Campurkan yogurt, oat, beberapa titis madu dan sebiji kurma yang dicincang halus. Gaulkan dan kemudian boleh disapukan pada muka selama 15 minit. Selepas itu, jgn lupa untuk bilas.

4. AIR KELAPA PULIH RAMBUT BERKELUMUMUR
   Dulu Misi sering mengalami rambut kelumumur ni, sampaikan satu tahap nk gunting rambut sampai tak da rambut lg da. Geram beno. huhu. Tapi lepas dpt tahu cara ni Misi amalkan, alhamdulilah kelumumur pun kurang. Yeayyyyhhhh! Caranya, ambil air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala secara perlahan. Lakukan stiap hari atau tiga kali seminggu.

5. HILANGKAN TANDA HITAM PADA SIKU, LUTUT
    Misi tahu, tentu ramai mempunyai masalah ni kan? Ha, ni caranya, Amik beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun kemudian gosokkan pada lutut dan siku anda yg ada kesan hitam. Jika diamalkan kesan hitam itu akan pudar.

Sampai sini sje Misi kongsikan pada korang ye :-) . Untuk lebih mempelajari petua tradisional, lawat
http://www.petuatradisional.com/tips/
Selamat Mencuba .

No comments:

Post a Comment