Thursday 26 February 2015

Punca Jerawat

Jerawat pada zaman dulu, kita sangat sinonim kepada golongan remaja sahaja. Hakikatnya, jerawat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Berlakunya jerawat daripada perubahan hormon seseorang itu. Apabila pembukaan kelenjar sebum tersekat, akan menyebabkan bakteria merebak dan mendedahkan bukaan pada kotoran. Seterusnya, bukaan kelenjar tersebut akan membengkak sebelum pecah dan mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.

Perubahan hormon bagi remaja lelaki dan perempuan dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang.

Jerawat membimbangkan terutama golongan remaja wanita dan lelaki, sedangkan ia bukan penyakit berbahaya seperti HIV dan demam denggi. Sebenarnya jerawat bukan sahaja tumbuh di muka, malah akan muncul di bahagian leher, bahu, dada dan di belakang badan. Jerawat akan muncul di kawasan liang roma sensitif pada rangsangan hormon.

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

  1. Guna pencuci muka yang lembut tanpa bahan kimia yang boleh menghakis kulit.


 


     2.   Lebihkan minum air kosong yang bersih dan ditapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
           untuk membuang toksin dalam badan.



     3.  Basuh tangan sekerap yang boleh kerana tangan mempunyai pelbagai kotoran dan bakteria.




      4.  Digalakkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.



      5.  Tidur mencukupi dan kurangkan stres dalam pekerjaan.


       6.   Dapatkan rawatan pakar dengan segera.


       7.  Menggunakan krim yang mengandungi Benzoyl Peroxide kerana ia mengeringkan 5% hingga                 10% aliran pada liang.





2 comments:

  1. Produk Cetaphil tu bagus ke sis ? Bagusnya tips sis bagi. Saya nak amalkan lah ! :D

    ReplyDelete
  2. Sis ,terima kasih untuk tips ni ...bole amalkan selalu .tapi krimcetaphil tuu untuk apa kecutkan cik jerawat ke?

    ReplyDelete